Cara membuat kompang
1. Pilih kayu yang sesuai: Jenis kayu yang digunakan untuk membuat kompang
adalah kayu leban, sena, nangka dan mahogani.
2. Kemudian kayu ditebuk untuk dijadikan bingkai: Kayu yang dipotong,
dilarik menjadi rangka atau bingkai berbentuk bulat yang lebih dikenali sebagai
baloh.
3. Kulit kambing dibuang bulunya: Kulit kambing
pula adalah menggunakan kambing boer atau jamnapari atau lebih elok jika
menggunakan ‘kambing kampung’. Kulit kambing biri-biri tidak digunakan oleh
kerana teksturnya yang berminyak menjadikan ia tidak kering.
4. Kulit kambing dikeringkan: Setelah dicukur bulunya, kulit di pasang pada
baloh dan dijemur sehingga kering.
5. Kulit yang sudah kering dipakukan pada bingkai kayu: Kulit dipaku dengan
kemas dan tegang menggunakan paku payung berwarna emas, sambil dililit kemas
oleh kain baldu yang lazimnya berwarna merah.
6. Lebihan kulit itu dipotong
7. Kompang siap dan boleh digunakan
Saiz kompang
Kompang terdiri daripada pelbagai saiz. Kompang yang dimainkan di Johor
tidak mempunyai saiz yang tertentu. Ada yang mempunyai ukuran garis pusat
sepanjang 22.5 sentimeter, 25 sentimeter, 27.5 sentimeter dan ada juga yang
mencecah sehingga 35 sentimeter.
Kebanyakan pemain di Johor menggunakan kompang yang tidak sama saiznya.
Hal ini demikian kerana kompang yang pelbagai saiz menghasilkan bunyi yang
berbeza. Ada yang bertona tinggi dan ada yang rendah. Pemain di negeri Perak
dan Selangor pula menggunakan alat muzik sampingan yang lain untuk
mempelbagaikan bunyi seperti gedombak, marakas, tamborine, rebana dan sebagainya.
Di Sabah ada kumpulan yang menggunakan drum bass sebagai alat tambahan
permainan mereka.
Kompang boleh diperolehai dalam saiz yang berlainan mengikut umur
tertentu. Antara saiz kompang yang mengikut peringkat umur pemain adalah
seperti berikut
Saiz (cm) umur(tahun)
30cm 12 tahun dan ke
bawah
32.5 cm 13 dan 14
35cm 15 dan 16
37.5 dan 40cm orang dewasa
No comments:
Post a Comment