Monday 11 May 2015

sambungan kompang....

Gaya persembahan

Permainan kompang ini boleh dipersembahkan secara beramai-ramai atau secara duduk, berdiri atau berarak. Ia juga boleh dipersembahkan untuk mengiringi nyanyian atau secara instrumental. Dalam esembel kompang, beberapa kumpulan paluan digabung untuk menghasilkan bunyi berharmoni yang dinamakan rentak terhasil. Antara paluan tersebut ialah melulu, menyilang atau menyelang dan meningkah.
Kumpulan melulu akan memukul rentak asas. Menjadi panduan kepada kumpulan menyilang dan meningkah. Pemain-pemain dalam kumpulan melulu membuat pukulan serentak dan berperanan untuk mengawal tempo sepanjang persembahan permainan kompang. Pemain dan kumpulan menyilang akan memukul rentak silihan yang berselang seli antara pukulan rentak asas. Pukulan tidak boleh serentak dengan pukulan melulu dan berperanan menambah corak permainan kompang agar lebih menarik. Pemain meningkah lazimnya mengetuai pasukan. Pemain ini bertanggungjawab memulakan dan mematikan sesebuah lagu. Selagi peningkah tidak memberikan isyarat dan mematikan pukulan, permainan kompang tidak akan berakhir.

Rentak Melalu/Langsung
Rentak Melalu/Langsung adalah rentak asas yang mana rentak-rentak asas yang lain seperti menganak, menyilang bergantung pada rentak ini. Pukulan rentak melalu ini adalah satu persatu dan untuk permulaan pelajar perlu mengira. Intro pukulan permulaan bergantung pada kreativiti anda dan disini terdapat contoh pukulan intro dalam rentak melalu. Sebelum itu kita perlu ketahui bunyi yang terdapat dalam muzik kompang. Kebiasaannya ada 2 bunyi sahaja iaitu 'Pak' dan 'Bum'. Sesetengah kumpulan kompang ada memainkan bunyi 'ting'. Untuk menghasilkan bunyi 'Pak' jari dikembangkan dan pukul dibahagian tengah kompang, dan untuk menghasilkan bunyi 'Bum' jari dirapatkan dan pukul dibahagian tepi kompang. Simbol bunyi 'Pak' sebagai 'P' dan bunyi 'Bum' sebagai 'B'. Untuk intro rentak melalu: P P P P P P (6 kali paluan secara berterusan dengan tempo kiraan satu). Seterusnya rentak melalu: B B B B B B B B B P P P P P P P (9 7 dipalu secara berterusan dengan tempo kiraan satu)

Rentak 9 7 akan dimainkan secara berulang-ulang 9 7 9 7 9 7....... sehingga tonggak iaitu ketua yang memimpin pasukan kompang memberi arahan 'hentikan' pukulan atau 'naikkan' pukulan. 'Hentikan' pukulan dan 'naikkan' pukulan juga berbeza dalam setiap persatuan kompang yang ada, Untuk 'hentikan' pukulan: 9 7 9 7 9 7.......(arahan 'henti') 8 1 (B B B B B B B B P) Untuk 'naikkan' pukulan: 9 7 9 7 9 7.......(arahan 'naik') 8 9 1 3 1 3 9 7 9 7....(B B B B B B B B P P P P P P P P P B P P P B P P P B B B B B B B B B P P P P P P P....)


Rentak menyilang
Rentak menyilang sama seperti rentak malalu, cuma menyilang akan dipalu selepas paluan melalu yang pertama.Contonhnya dalam pukulan intro melalu ada 6 pukulan 'Pak' manakala intro untuk pukulan menyilang adalah 4 bunyi 'Pak'. Menyilang akan memalu serentak bersama pukulan melalu pada pukulan yang pertama dan kedua kemudian rest satu pukulan melalu dan seterusnya memalu pada pukulan yang 4 dan 5 sebelum memalu bunyi 'Bum' dan seterusnya (9 7 9 7....) Intro pukulan menyilang ialah: P P _ P P_ _. Pukulan menyilang : B B B B B B B B B P P P P P P P B B B B B B B B B . Tanda underscore di pukulan intri memberi maksud pukulan melalu.




Teknik permainan

Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Bunyi terhasil daripada paluan kompang boleh dipengaruhi oleh teknik memegang kompang. Para pekompang haruslah mengelakkan daripada memegang kompang sehingga melepasi bahagian hadapan baloh disebabkan ianya boleh menjejeskan kualiti bunyi terhasil. Cara memegang kompang lazimnya ada dua cara iaitu:
a)    menatang (ibu jari di dalam baloh, jari jemari lain di bawah baloh)
b)    membimbit (ibu jari di luar baloh, jari jemari lain di dalam baloh)
i. Cara menatang.
  • ·         kedudukan kompang di atas telapak tangan ertinya kesenian yang dibawa secara bersungguh-sungguh;
  • ·         ianya juga seperti menadah doa yang mungkin dapat disesuai ketika iringan berzikir semasa berkompang;
  • ·         kedudukan kompang dipastikan menegak - meletak kesenian yang dibawa agar tegak berdiri (bukan rebah);
  •     mudah memberikan isyarat mula / henti sesuatu acara perkompangan;  dapat disandar di bahu sekiranya lenguh memegang ketika berdiri ataupun duduk.


ii. Cara membimbit
  • ·         kedudukan kompang dalam genggaman, seolah-olah mencerminkan kesungguhan dalam memelihara kesenian yang dibawa dapat dikait juga dengan cara berdoa
  • ·         sesetengah pendapat mengatakan mudah disesuai untuk bersilat (menumbuk dengan kompang) bila perlu
  • ·    Apabila dinaikkan ke atas, seolah-olah menjunjung kompang (Awas! Kompang yang berlambang, mungkin kelihatan terbalik)
  • ·         Dapat diletakkan di lantai ketika berkompang semasa duduk.


Maka, dapatlah disimpulkan bahawa cara memegang ini mempunyai falsafah dan kelebihan masing-masing. Namun adalah lebih baik diselaraskan cara memegang bagi sesuatu kumpulan agar nampak lebih seragam.

Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu “pak” dan bunyi “bung”. Pukulan “pak mestilah lebih berat daripada bunyi “bung”. Bunyi “pak” dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari  tanga  terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan daripada pukulan jari. Untuk menghasilakn bunyi yang tepat, sentuh tapak jari yang lain semasa memukul. Bunyi “bung” dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkenaan tertutup semasa membuat pukulan. 

No comments:

Post a Comment