Friday 8 May 2015

assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ingin menyambung info mengenai kompang. hehee... kompang... anda semua pasti
sudah tahu serba sedikit mengenai kompang, Jadi, pada hari ini saya ingin berkongsi lagi info
mengenai kompang.
 jom baca!!!!!

CIRI-CIRI KOMPANG

Kompang mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus . Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Kompang juga diklasifikasikan dalam keluarga membranofon. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (bingkai) dab belulang (muka). Baluh diperbuat daripada kayu cengal, halban, nangka atau palau. Belulang pula biasanya diperpuat daripada kulit kambing betina (kerana kulitnya nipis dan dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring serta bergema).

Pemukaan kompang selaras ketegangannya dengan menggunakan sedak yang berupa rotan bersaiz kecil atau wayar. Sedak diselitkan antara permukaan belulang dan baluh kompang di sebelah dalam dengan menggunakan penyedak. Penyedak diperbuat daripada kayu/rotan bersaiz besar yang tirus tetapi tajam.

Muzik atau lagu kompang terdiri daripada rentak terhasil (resultant rhythmic patterns) yang mainkan oleh dua orang pemain atau lebih secara bertingkah (interlocking performance)



Fungsi kompang
Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan.  Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;
·         Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban)
  •   ·         Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.
  •  ·    Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.
  •   ·         Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi
  •   ·        Permainan kompang biasanya dapat dilihat dan dimainkan oleh persatuan atau kumpulan dalam sesebuah kampung, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, yayasan kesenian negeri, serta institusi-institusi kerajaan bagi mengekalkan keaslian permainan muzik tradisional Melayu.
  • ·    Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau
  • ·         Selain dari Marhaban, peranan Kompang dalam kehidupan masyarakat masa kini telah menjadi begitu penting khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan ataupun menyambut tetamu dan juga pembesar-pembesar negara.
  • ·     Kini permainan Kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi Kerajaan. Dalam konteks persembahan, sesebuah kumpulan Kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranannya.


No comments:

Post a Comment