Thursday 7 May 2015

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai KOMPANG. Saya ingin berkongsi sedikit pengenalan kompang yang anda mungkin tidak tahu. Almaklumlah, zaman sekarang ini ramai anak muda yang tidak ambil tahu mengenai alat muzik tradisional.




Kompang merupakan artifak melayu yang amat tinggi nilai estetikanya. Kompang merupakan sejenis alat muzik yang dimainkan oleh masyarakat melayu. Kompang adalah sejenis alat muzik paluan yang serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.


Negeri-negeri yang terkenal dengan kompang adalah Pahang, Kelantan, Johor, Kedah, Terengganu dan Perak. Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis kompang ialah Kompang Hadrah (Negeri Perak), Kompang Johor / Jawa, Kompang Eizhar (Negeri Selangor) dan Kompang Kelalang (Negeri Melaka).

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Mempunyai baluh berbingkai yang dibuat dari kayu keras, lazimnya kayu jenis nangka atau nama saintifik Artocarpus Heterophyllus. Belulang dari kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat dan ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin.

Kompang ialah sejenis alat muzik di Malaysia yang berasal dari Timur Tengah. Hal ini berdasarkan dua pendapat yang dikemukakan iaitu bentuk dan saiz kompang di Malaysia mempunyai ciri-ciri persamaan alat yang dimainkan di tanah Arab yang dikenali sebagai “dufuf”. Begitu juga dengan cara memukul dan memegangnya. Bahasa dan lagu-lagu yang dinyanyikan dan dimainkan menguatkan lagi alasan kompang berasal dari tanah Arab. Contohnya selawat memuji Rasulullah SAW.

Kompang mula dikenalkan di Tanah Melayu oleh orang arab yang datang berdagang sekitar abad ke-13 masihi. Mereka menggunakan kompang sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan. Teknik permainan dan lagu yang dipersembahkan ketika itu menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini. Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa.

Sekian sahaja untuk hari ini, terima kasih.

1 comment:

  1. TOTO – TOTO- titanium wallet for all of your money
    TOTO - Titanium Wallet titanium nitride for All titanium white dominus Your Money. TOTO - Titanium Wallet for best titanium flat iron all your money. TOTO - Titanium Wallet for titanium hair straightener All Your cobalt vs titanium drill bits Money. TOTO - TOTO - TOTO - TOTO - TOTO - TOTO - TOTO - TOTO - TOTO - TOTO

    ReplyDelete