Saturday, 9 May 2015

gst

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kelebihan dan kekurangan gst. sejak kebelakangan ini negara kita kecoh dengan adanya gst. Jadi, di sini saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan gst.

Kelebihan GST


1.    Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan: Dengan pelaksanaan GST ini, kelemahan-kelemahan yang terdapat pada kedua-dua cukai ini dapat diatasi seperti masalah cukai ke atas cukai (Cukai Jualan dikenakan kemudian dikenakan pula Cukai Perkhidmatan) dan masalah tiada pelepasan cukai atas eksport.

2.    Efektif & Efisien: GST dilaksanakan secara self-policing dimana setiap syarikat akan mengaplikasikan GST secara sendiri dan ianya mampu mengurangkan karenah birokrasi.


3.    Hasil Negara: GST dikatakan mampu menambahkan pendapatan negara apabila berlakunya penambahan bilangan syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan juga Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akibat dari permintaan pengeluaran bil GST dari setiap syarikat yang melaksanakan transaksi dengan syarikat yang lain sebagai ‘rebate claim’ untuk GST.

4.    Mendidik pengguna menjadi lebih berhemat: Sekiranya pengguna tidak mahu membayar lebih GST maka hadkan perbelanjaan kepada yang perlu sahaja. Ini berdasarkan kepada GST adalah cukai penggunaan di mana lebih banyak anda pakai atau beli lebih banyak anda bayar. Orang berada mungkin akan mengguna lebih


5.    Mewujudkan sistem cukai yang baru dan stabil: dimana keadaan ini akan menyumbang kearah kedudukan ekonomi yang lebih baik dan mapan. Ini sekaligus dapat mengurangkan defisit kewangan negara, terutamanya dengan jangkaan yang dibuat terhadap pengurangan hasil petroleum dalam masa beberapa tahun dari sekarang.




Kelemahan GST


1.    Harga barangan akan meningkat: walaupun kadar cukai adalah lebih rendah dan banyak barangan dan keperluan asas adalah dikecualikan dari cukai, namun skop GST adalah lebih besar kerana melibatkan banyak aktiviti urusniaga. Sebagai contoh kos menghasilkan alat keluaran seperti mesin, bahan pembungkusan, elektrik dan lain-lain semuanya akan dikenakan GST.  Akibatnya pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menampung kenaikan kos akibat GST ini walaupun ianya melibatkan pengeluaran barangan asas.

2.    Memerlukan pengiraan cukai input dan output yang lebih teliti:  peniaga akan sukar dalam memberi fokus kepada perniagaan utama mereka. Masalah kurang ketelitian cukai input dan cukai output ini mungkin akan menyebabkan peniaga lebih sukar untuk menganggar kos sebenar perbelanjaan perniagaan mereka dan ini menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka.


3.    Cukai GST meningkat dari semasa ke semasa: (dari kadar 6% sekarang) dan melibatkan banyak lagi kategori barangan dan perkhidmatan, maka kos kehidupan rakyat sudah tentu akan meningkat lagi.

4.    Pengecualian GST (GST berkadar sifar): yang diberikan kepada sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan swasta. Sektorsektor yang terlibat dalam pengecualian ini, pengeluar barangan dan perkhidmatan seperti ini tidak boleh menuntut balik cukai input yang dikenakan keatas setiap pengeluaran mereka.

So, konklusinya, setiap perkara pasti ada baik buruknya. kita harus menerima baik buruk cukai yang dikenakan. sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment